UniSZA

UniSZA
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Saturday, July 30, 2011

KKY 1012

Dari KKY 1011 telah beralih kepada KKY 1012. Anda semua telah mengalami satu proses kematangan dalam berpengakap. Sepanjang tempoh itu anda telah menjadikan pengalaman sebagai guru yang akan membantu anda di masa depan. Untuk itu, semester ini kita telah merancang 1 atau 2 aktiviti sahaja bagi memenuhi syarat untuk mendapat Manik Kayu 2 Kelanasiswa. Saya mengharapkan ahli Pengakap Kelanasiswa KKY 1012 berusaha dengan gigih untuk mendapatkannya.

Sempena kedatangan bulan penuh keberkatan ini, saya mengucapkan selamat berpuasa dan mengharapkan ahli Pengakap Kelanasiswa KKY 1012 akan berusaha lebih baik dari tahun lalu. Semoga bulan puasa ini memberi kita kekuatan untuk menyiapkan assignment yang telah diagihkan. Perkara ini telah saya info kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri, dia juga mengharapkan kumpulan Kelanasiswa KKY 1012 menjadi contoh dan menempa nama di persada kepengakapan. Kami akan membantu dan memberi ruang dan peluang untuk ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1012 bagi memajukan lagi kemahiran insaniah.

Saya mengharapkan ahli Kelanasiswa KKY 1012 telah mengemaskini blog masing masing. Kami sedang memerhatikan kesungguhan anda.

Tuesday, June 14, 2011

Selamat Kembali ke Sekolah

Alhamdullilah, kita diberi peluang sekali untuk meneruskan aktiviti kepengakapan di UniSZA. Tapi sekarang anda semua telah melangkah ke semester 2 untuk aktiviti ko kurikulum.

Tahniah dan Syabas yang telah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan semester yang lepas terutama untuk subjek ko. Adalah menjadi harapan saya dan penolong pesuruhjaya yang lain agar anda semua mengamalkan ilmu kepengakapan dalam kehidupan seharian anda dan sekali berpengakap, akan selamanya berpengakap. Bukanlah sekadar untuk mengisi masa dan memenuhi kehendak subjek anda. Jika itulah matlamat anda, aktiviti berpengakap anda akan menjadi kurang bermakna.

Kami dalam berpengakap sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan. Justeru kepada anda yang menghadapi masalah dalam pembelajaran datanglah bertemu dengan kami. Kami juga seperti anda, datang dari pusat pengajian tinggi. Sedikit sebanyak pengalaman yang ada akan dapat membantu anda untuk memperbaiki keputusan peperiksaan yang akan datang.

Sekarang anda yang dahulunya KKY1011 sudah beralih kepada KKY1012. Manik Kayu 1 dan lencanna- lencana untuk Anugerah B-P telah anda penuhi. Jadi untuk semester ini, kita teruskan lagi perjuangan mendapatkan seberapa banyak ilmu kepengakapan. Jadi, Manik Kayu 2 adalah sasaran seterusnya. Jadi bersiap sediakan anda semua untuk mengharunginya.

Thursday, April 7, 2011

Lencana Pengembaraan

Saat yang tunggu telah di tiba. Seramai 28 orang ahli KKY1011 Pengakap Kelana Siswa UniSZA telah berlepas jam 3.00 tadi bagi memenuhi keperluan Lencana Pengembaraan. Mereka berlepas dari UniSZA di perkarangan Foyer Asrama menuju ke Kem Merang (Tapak Perkhemahan), dalam daerah Setiu.

Dengan semangat dan kerjasama yang semakin mantap membuktikan Pengakap Kelana Siswa KKY1011 ini dapat jua mengadakan program pengembaraan. Banyak suara yang meragui keupayaan Pengakap Kelana Siswa KKY1011 untuk berjalan kaki sejauh itu. Tapi hari ini mereka telah membuktikannya.

Sebanyak 4 patrol yang dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswa yang mempunyai daya juang yang tingi. Kesilapan yang sedikit boleh menyebabkan program ini mungkin dibatalkan. Akan tetapi permasalahan yang ditimbul dihadapi dan memerah otak untuk menyelesaikannya. Keputusannya ialah program pengembaraan telah dilepaskan oleh saya sendiri dengan restu dari Ketua Pesuruhjaya KLKM.

Mereka akan berkhemah sepanjang hunjung minggu ini dengan aktiviti yang telah dirancang.

Thursday, March 24, 2011

Perjumpaan

Perjumpaan Pengakap Kelanasiswa KKY1011 seperti berikut

Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Mac 2011
Jam : 8.15 pagi
Tempat : DKU, UniSZa
Pakaian : Lengkap

Minta ambil perhatian, KEHADIRAN anda adalah WAJIB.

Lencana Kepimpinan


Lencana Kepimpinan akan menjadi sebahagian daripada usaha ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 setelah kejayaan Kempen Kesedaran. Sama-sama lah kita tunggu saat itu, anda semua akan dianugerahkan Lencana Kepimpinan yang menjadi salah satu lencana dalam Anugerah B-P

TAHNIAH!!!

Sekalung Tahniah untuk Pengakap KelanaSiswa KKY1011 kerana telah berjaya dengan cemerlangnya menganjurkan Kempen Kesedaran pada 18 dan 19 Mac yang lalu. Kempen yang merangkumi 3 kempen di dalamnya - Kempen Derma Darah, Kempen Keselamatan Jalanraya dan Kempen Tabung Penyayang. Kempen ini melibatkan kerjasama dari Pusat Islam UniSZA, Jabatan Keselamatan UniSZA dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) UniSZA dan agensi kerajaan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Polis Trafik Terengganu dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Kempen Kesedaran ini mempunyai energinya yang tersendiri. Saya kagum ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 dapat menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan bersatu hati bagi memastikan Kempen Kesedaran ini terlaksana. Segala kemahiran dan bakat terpendam ditonjolkan. Tahniah saudara Mustakim yang kali pertamanya menjadi pengacara majlis. Berani mencuba. Inilah antara Kemahiran Insaniah yang hendak diterapkan dalam diri setiap mahasiswa.

Kempen Kesedaran ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang perihal pentingnya derma darah dalam membantu pesakit-pesakit yang memerlukan darah di hospital. Hari ini hari mereka...mungkin besok lusa mungkin hari kita. Semangat bantu membantu di kalangan mahasiswa khususnya dan masyarakat sekitar amnya telah berjaya mengumpul sebanyak 151 beg darah. Walaupun 45 orang yang hendak menderma terpaksa ditolak disebabkan kurang tidur, darah tinggi, sudah menderma dalam tempoh 3 bulan dan sakit kaum wanita dan lebih kurang 30-40 orang yang datang lewat dan pihak hospital kepenatan. Ini satu kejayaan yang boleh dibanggakan kerana ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 dapat mengumpul bilangan beg darah yang tinggi.

Selain daripada itu juga, Kempen Keselamatan Jalan Raya untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa khususnya dan masyarakat amnya tentang penting mematuhi undang-undang yang sedia ada. Kecuaian di jalan raya boleh mengakibatkan kematian. Kematian seorang mahasiswa boleh merugikan UniSZA khususnya dan negara amnya. Mana tidaknya, seorang mahasiswa adalah bakal menerajui negara ini di suatu hari nanti. Gandingan IPK Polis Trafik dan JKJR yang dijemput menunjukkan kesungguhan bahawa amat pentingnya keselamatan jalan raya di dalam UniSZA khususnya dan luar amnya untuk dipatuhi. Kami, Pengakap Kelanasiswa KKY1011 menyayangi setiap orang dalam kampus dan mahukan mereka selamat di atas jalan raya.

Tabung Penyayang bagi menyedarkan ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 dan para pendengar perihal pentingnya menghargai kedua ibu bapa. Dunia hari ini telah membuktikan kepada kita bahawa kesibukan anda di suatu hari nanti akan menyebabkan ibu bapa yang telah membesarkan kita terbiar. Segalanya terbiar dikala mereka amat perlukan kita. Cukup sedih jika inilah yang terjadi kepada diri seorang mahasiswa. Ibu bapa bukan hendak harta kita cuma sekelumit kasih sayang yang pernah mereka berikan pada kita di masa kita masih kecil. Renungkanlah...sanggupkah kita untuk menjaga mereka di waktu mereka tua?

Kempen Kesedaran ini amatlah bertepatan dengan ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa yang bergelar mahasiswa. Selain dari tujuan untuk mendapat Lencana Kepimpinan dan Lencana Perkhidmatan dalam memenuhi syarat mencapai Anugerah B-P yang diidam-idamkan. InsyaALlah segala usaha telah dikerah, hasil akan diperolehi nanti. Usaha telah membuktikan ianya adalah sumber kejayaan.

Saturday, March 5, 2011

Doa yang diperlukan

UNTUK PERHATIAN!!!

Salah seorang dari ahli pengakap kelanasiswa KKY1011 sem 2 disyaki dalam darahnya ada kuman. Jadi saya minta dari kekawan semua untuk mendoakan semoga sahabat kita tu agar darahnya tiada kuman dan dia sembuh seperti biasa, supaya dia dapat belajar seperti kita.

DOA adalah senjata rahsia seorang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh seperti kita mendoakan untuk diri sendiri agar sembuh dari sebarang penyakit. Moga doa-doa dari kalian semua dimakbul ALlah. Seorang mukmin itu mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya.

Kawan kita tu telah banyak berusaha untuk menjayakan program dan aktiviti kepengakapan kita hingga kini. Jadi tidak salah rasanya, sekarang dia memerlukan pertolongan kita hanya ungkapan kata-kata memohon kesembuhan dari ALlah. Bayangkanlah jika anda ditempatnya, apa yang yang boleh anda harapkan dari seorang sahabat...hanya ungkapan doa.

Kerjasama tidak hanya pada slogan dan wonder-pet...tapi berkerjasamalah kita untuk mendoakan sahabat kita yang sedang sakit...tidak kecuali juga 2 lagi sahabat yang sakit lutut dan kena perintah berkurung...doakanlah mereka semua moga disembuh ALlah agar dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Berdoalah...