UniSZA

UniSZA

Thursday, March 24, 2011

Perjumpaan

Perjumpaan Pengakap Kelanasiswa KKY1011 seperti berikut

Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Mac 2011
Jam : 8.15 pagi
Tempat : DKU, UniSZa
Pakaian : Lengkap

Minta ambil perhatian, KEHADIRAN anda adalah WAJIB.

Lencana Kepimpinan


Lencana Kepimpinan akan menjadi sebahagian daripada usaha ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 setelah kejayaan Kempen Kesedaran. Sama-sama lah kita tunggu saat itu, anda semua akan dianugerahkan Lencana Kepimpinan yang menjadi salah satu lencana dalam Anugerah B-P

TAHNIAH!!!

Sekalung Tahniah untuk Pengakap KelanaSiswa KKY1011 kerana telah berjaya dengan cemerlangnya menganjurkan Kempen Kesedaran pada 18 dan 19 Mac yang lalu. Kempen yang merangkumi 3 kempen di dalamnya - Kempen Derma Darah, Kempen Keselamatan Jalanraya dan Kempen Tabung Penyayang. Kempen ini melibatkan kerjasama dari Pusat Islam UniSZA, Jabatan Keselamatan UniSZA dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) UniSZA dan agensi kerajaan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Polis Trafik Terengganu dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Kempen Kesedaran ini mempunyai energinya yang tersendiri. Saya kagum ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 dapat menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan bersatu hati bagi memastikan Kempen Kesedaran ini terlaksana. Segala kemahiran dan bakat terpendam ditonjolkan. Tahniah saudara Mustakim yang kali pertamanya menjadi pengacara majlis. Berani mencuba. Inilah antara Kemahiran Insaniah yang hendak diterapkan dalam diri setiap mahasiswa.

Kempen Kesedaran ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang perihal pentingnya derma darah dalam membantu pesakit-pesakit yang memerlukan darah di hospital. Hari ini hari mereka...mungkin besok lusa mungkin hari kita. Semangat bantu membantu di kalangan mahasiswa khususnya dan masyarakat sekitar amnya telah berjaya mengumpul sebanyak 151 beg darah. Walaupun 45 orang yang hendak menderma terpaksa ditolak disebabkan kurang tidur, darah tinggi, sudah menderma dalam tempoh 3 bulan dan sakit kaum wanita dan lebih kurang 30-40 orang yang datang lewat dan pihak hospital kepenatan. Ini satu kejayaan yang boleh dibanggakan kerana ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 dapat mengumpul bilangan beg darah yang tinggi.

Selain daripada itu juga, Kempen Keselamatan Jalan Raya untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa khususnya dan masyarakat amnya tentang penting mematuhi undang-undang yang sedia ada. Kecuaian di jalan raya boleh mengakibatkan kematian. Kematian seorang mahasiswa boleh merugikan UniSZA khususnya dan negara amnya. Mana tidaknya, seorang mahasiswa adalah bakal menerajui negara ini di suatu hari nanti. Gandingan IPK Polis Trafik dan JKJR yang dijemput menunjukkan kesungguhan bahawa amat pentingnya keselamatan jalan raya di dalam UniSZA khususnya dan luar amnya untuk dipatuhi. Kami, Pengakap Kelanasiswa KKY1011 menyayangi setiap orang dalam kampus dan mahukan mereka selamat di atas jalan raya.

Tabung Penyayang bagi menyedarkan ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 dan para pendengar perihal pentingnya menghargai kedua ibu bapa. Dunia hari ini telah membuktikan kepada kita bahawa kesibukan anda di suatu hari nanti akan menyebabkan ibu bapa yang telah membesarkan kita terbiar. Segalanya terbiar dikala mereka amat perlukan kita. Cukup sedih jika inilah yang terjadi kepada diri seorang mahasiswa. Ibu bapa bukan hendak harta kita cuma sekelumit kasih sayang yang pernah mereka berikan pada kita di masa kita masih kecil. Renungkanlah...sanggupkah kita untuk menjaga mereka di waktu mereka tua?

Kempen Kesedaran ini amatlah bertepatan dengan ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa yang bergelar mahasiswa. Selain dari tujuan untuk mendapat Lencana Kepimpinan dan Lencana Perkhidmatan dalam memenuhi syarat mencapai Anugerah B-P yang diidam-idamkan. InsyaALlah segala usaha telah dikerah, hasil akan diperolehi nanti. Usaha telah membuktikan ianya adalah sumber kejayaan.

Saturday, March 5, 2011

Doa yang diperlukan

UNTUK PERHATIAN!!!

Salah seorang dari ahli pengakap kelanasiswa KKY1011 sem 2 disyaki dalam darahnya ada kuman. Jadi saya minta dari kekawan semua untuk mendoakan semoga sahabat kita tu agar darahnya tiada kuman dan dia sembuh seperti biasa, supaya dia dapat belajar seperti kita.

DOA adalah senjata rahsia seorang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh seperti kita mendoakan untuk diri sendiri agar sembuh dari sebarang penyakit. Moga doa-doa dari kalian semua dimakbul ALlah. Seorang mukmin itu mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya.

Kawan kita tu telah banyak berusaha untuk menjayakan program dan aktiviti kepengakapan kita hingga kini. Jadi tidak salah rasanya, sekarang dia memerlukan pertolongan kita hanya ungkapan kata-kata memohon kesembuhan dari ALlah. Bayangkanlah jika anda ditempatnya, apa yang yang boleh anda harapkan dari seorang sahabat...hanya ungkapan doa.

Kerjasama tidak hanya pada slogan dan wonder-pet...tapi berkerjasamalah kita untuk mendoakan sahabat kita yang sedang sakit...tidak kecuali juga 2 lagi sahabat yang sakit lutut dan kena perintah berkurung...doakanlah mereka semua moga disembuh ALlah agar dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Berdoalah...

Friday, March 4, 2011

Gerak Kerja Lencana Kepimpinan

Satu gerak kerja telah dilancarkan untuk menjayakan Lencana Kepimpinan yang bakalkan diadakan pada 18 dan 19 Mac ini. Satu program Tiga Serangkai di bawah kendalian Saudari Azureen dan Saudari Izyan Alwani selaku Naib Pengerusi dan Setiausaha Pengakap Kelanasiswa KKY1011 Sem2 akan menemui warga UniSZA. Di samping sokongan 5 unit yang telah diwujudkan bagi memastikan program ini berjalan lancar.

Kepada kepala unit, tonjolkan kemampuan anda dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Buktikan yang anda layak untuk memakai Lencana Kepimpinan. Jadikan program ini tempat melatih bakat anda dalam menguruskan program ini. Sokongan padu dari ahli-ahli juga tidak kurang pentingnya dalam program ini. Ketiadaan anda dalam program ini, pincanglah keanggotaan untuk mendapatkan Anugerah B-P nanti.

Ayuh kita bersama-sama buktikan kemampuan dan kejayaan yang bakal menanti adalah milik kita!!!

Wednesday, March 2, 2011

Aktiviti Seterusnya...

Sepertimana dalam mesyuarat semalam, Pengakap Kelanasiswa UniSZA KKY1101 Sem 2 akan mengadakan Kempen Derma Darah dan Kempen Keselamatan Jalanraya.

Kepada semua ahli, kita tak ramai tak kita boleh yang terbaik jika semangat jungle tracking tempoh hari kita tunjuk dalam menjayakan aktiviti kali ini. Impakya cukup besar. Pengalaman mengurus program sebegini bukan selalu datang. Hanya mereka yang memilih untuk melibatkan diri sahaja akan merasai nikmatnya. Sepertimana saudara Norrahman yang mengepalai perkhemahan Gunung Lawit minggu lepas. Syabas dan tahniah!!

Jadi, kali ini aktiviti ini memerlukan kerjasama yang mantap dari semua ahli. Kesibukan sebagai seorang mahasiswa bukanlah penghalang. Sekiranya kita semua buat kerja sikit sikit seorang...pasti kerja yang bera menjadi ringan dan mudah. Usahlah jadi segelintir mereka yang hanya ikut sahaja aktiviti tanpa sedikit pun tulang empat membantu yang lain. Pandai basuh pingan mangkuk dan angkat beg sendiri sahaja. Perkara memanglah berlaku di mana-mana sahaja. Tapi kepada yang berkenaan, anda suka jadi buah mulut orang lain yang anda seorang tidak suka membantu...

Di universiti kita boleh mendidik sistem nilai yang kita milik sebelum ini. Jika di sana ada kelemahan dan sikap kurang mengenang orang lain, ubahlah sikap itu. Agar kita menjadi yang lebih baik. Perbaik sedikit sahaja tapi boleh memberi impak yang besar. Ingatlah, setitik air yang menitik secara berterusan dan sabar boleh memberi kesan pada batu yang keras. Berusahalah ke arah yang lebih baik. Saya pun sama, insyaALlah.

Pengakap kelanasiswa yang kita serta ini adalah salah satu platfom yang terbaik untuk belajar mengubah diri. Anda boleh kenal sikap anda. Janji dan lafaz setia yang anda telah ucapkan dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undanag boleh menjadi saksi ketelusan anda atau kebohongan anda. Jika, sesama manusia anda boleh jujur, insyaALlah anda boleh jujur dengan Maha Pencipta. Begitulah sebaliknya. Renungkanlah wahai adik-adikku...