UniSZA

UniSZA

Thursday, March 24, 2011

TAHNIAH!!!

Sekalung Tahniah untuk Pengakap KelanaSiswa KKY1011 kerana telah berjaya dengan cemerlangnya menganjurkan Kempen Kesedaran pada 18 dan 19 Mac yang lalu. Kempen yang merangkumi 3 kempen di dalamnya - Kempen Derma Darah, Kempen Keselamatan Jalanraya dan Kempen Tabung Penyayang. Kempen ini melibatkan kerjasama dari Pusat Islam UniSZA, Jabatan Keselamatan UniSZA dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) UniSZA dan agensi kerajaan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Polis Trafik Terengganu dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Kempen Kesedaran ini mempunyai energinya yang tersendiri. Saya kagum ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 dapat menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan bersatu hati bagi memastikan Kempen Kesedaran ini terlaksana. Segala kemahiran dan bakat terpendam ditonjolkan. Tahniah saudara Mustakim yang kali pertamanya menjadi pengacara majlis. Berani mencuba. Inilah antara Kemahiran Insaniah yang hendak diterapkan dalam diri setiap mahasiswa.

Kempen Kesedaran ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang perihal pentingnya derma darah dalam membantu pesakit-pesakit yang memerlukan darah di hospital. Hari ini hari mereka...mungkin besok lusa mungkin hari kita. Semangat bantu membantu di kalangan mahasiswa khususnya dan masyarakat sekitar amnya telah berjaya mengumpul sebanyak 151 beg darah. Walaupun 45 orang yang hendak menderma terpaksa ditolak disebabkan kurang tidur, darah tinggi, sudah menderma dalam tempoh 3 bulan dan sakit kaum wanita dan lebih kurang 30-40 orang yang datang lewat dan pihak hospital kepenatan. Ini satu kejayaan yang boleh dibanggakan kerana ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 dapat mengumpul bilangan beg darah yang tinggi.

Selain daripada itu juga, Kempen Keselamatan Jalan Raya untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa khususnya dan masyarakat amnya tentang penting mematuhi undang-undang yang sedia ada. Kecuaian di jalan raya boleh mengakibatkan kematian. Kematian seorang mahasiswa boleh merugikan UniSZA khususnya dan negara amnya. Mana tidaknya, seorang mahasiswa adalah bakal menerajui negara ini di suatu hari nanti. Gandingan IPK Polis Trafik dan JKJR yang dijemput menunjukkan kesungguhan bahawa amat pentingnya keselamatan jalan raya di dalam UniSZA khususnya dan luar amnya untuk dipatuhi. Kami, Pengakap Kelanasiswa KKY1011 menyayangi setiap orang dalam kampus dan mahukan mereka selamat di atas jalan raya.

Tabung Penyayang bagi menyedarkan ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 dan para pendengar perihal pentingnya menghargai kedua ibu bapa. Dunia hari ini telah membuktikan kepada kita bahawa kesibukan anda di suatu hari nanti akan menyebabkan ibu bapa yang telah membesarkan kita terbiar. Segalanya terbiar dikala mereka amat perlukan kita. Cukup sedih jika inilah yang terjadi kepada diri seorang mahasiswa. Ibu bapa bukan hendak harta kita cuma sekelumit kasih sayang yang pernah mereka berikan pada kita di masa kita masih kecil. Renungkanlah...sanggupkah kita untuk menjaga mereka di waktu mereka tua?

Kempen Kesedaran ini amatlah bertepatan dengan ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa yang bergelar mahasiswa. Selain dari tujuan untuk mendapat Lencana Kepimpinan dan Lencana Perkhidmatan dalam memenuhi syarat mencapai Anugerah B-P yang diidam-idamkan. InsyaALlah segala usaha telah dikerah, hasil akan diperolehi nanti. Usaha telah membuktikan ianya adalah sumber kejayaan.

No comments:

Post a Comment