UniSZA

UniSZA
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Friday, March 4, 2011

Gerak Kerja Lencana Kepimpinan

Satu gerak kerja telah dilancarkan untuk menjayakan Lencana Kepimpinan yang bakalkan diadakan pada 18 dan 19 Mac ini. Satu program Tiga Serangkai di bawah kendalian Saudari Azureen dan Saudari Izyan Alwani selaku Naib Pengerusi dan Setiausaha Pengakap Kelanasiswa KKY1011 Sem2 akan menemui warga UniSZA. Di samping sokongan 5 unit yang telah diwujudkan bagi memastikan program ini berjalan lancar.

Kepada kepala unit, tonjolkan kemampuan anda dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Buktikan yang anda layak untuk memakai Lencana Kepimpinan. Jadikan program ini tempat melatih bakat anda dalam menguruskan program ini. Sokongan padu dari ahli-ahli juga tidak kurang pentingnya dalam program ini. Ketiadaan anda dalam program ini, pincanglah keanggotaan untuk mendapatkan Anugerah B-P nanti.

Ayuh kita bersama-sama buktikan kemampuan dan kejayaan yang bakal menanti adalah milik kita!!!

Wednesday, March 2, 2011

Aktiviti Seterusnya...

Sepertimana dalam mesyuarat semalam, Pengakap Kelanasiswa UniSZA KKY1101 Sem 2 akan mengadakan Kempen Derma Darah dan Kempen Keselamatan Jalanraya.

Kepada semua ahli, kita tak ramai tak kita boleh yang terbaik jika semangat jungle tracking tempoh hari kita tunjuk dalam menjayakan aktiviti kali ini. Impakya cukup besar. Pengalaman mengurus program sebegini bukan selalu datang. Hanya mereka yang memilih untuk melibatkan diri sahaja akan merasai nikmatnya. Sepertimana saudara Norrahman yang mengepalai perkhemahan Gunung Lawit minggu lepas. Syabas dan tahniah!!

Jadi, kali ini aktiviti ini memerlukan kerjasama yang mantap dari semua ahli. Kesibukan sebagai seorang mahasiswa bukanlah penghalang. Sekiranya kita semua buat kerja sikit sikit seorang...pasti kerja yang bera menjadi ringan dan mudah. Usahlah jadi segelintir mereka yang hanya ikut sahaja aktiviti tanpa sedikit pun tulang empat membantu yang lain. Pandai basuh pingan mangkuk dan angkat beg sendiri sahaja. Perkara memanglah berlaku di mana-mana sahaja. Tapi kepada yang berkenaan, anda suka jadi buah mulut orang lain yang anda seorang tidak suka membantu...

Di universiti kita boleh mendidik sistem nilai yang kita milik sebelum ini. Jika di sana ada kelemahan dan sikap kurang mengenang orang lain, ubahlah sikap itu. Agar kita menjadi yang lebih baik. Perbaik sedikit sahaja tapi boleh memberi impak yang besar. Ingatlah, setitik air yang menitik secara berterusan dan sabar boleh memberi kesan pada batu yang keras. Berusahalah ke arah yang lebih baik. Saya pun sama, insyaALlah.

Pengakap kelanasiswa yang kita serta ini adalah salah satu platfom yang terbaik untuk belajar mengubah diri. Anda boleh kenal sikap anda. Janji dan lafaz setia yang anda telah ucapkan dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undanag boleh menjadi saksi ketelusan anda atau kebohongan anda. Jika, sesama manusia anda boleh jujur, insyaALlah anda boleh jujur dengan Maha Pencipta. Begitulah sebaliknya. Renungkanlah wahai adik-adikku...

Monday, February 28, 2011

Hidup...Biarlah Bermatlamat

Kejadian kita di dunia ini bukanlah sia-sia belaka. Mesti ada tujuan mengapa kita kita diwujudkan di zaman ini, tidak di zaman lampau. Paling tidak kita telah mengetahu bahawa kejadian kita sebagai khalifah du muka bumi ALlah ini. Sebagai seorang khalifah yang mempunyai halatuju penciptaan sepatutnya kita menuju ke arah itu.

Tapi jika dilihat perbuatan kita sehari-hari, di mana kita sebenarnya? Ke mana kita hendak pergi? Apa kita nak buat? Hidup kemudiannya mati...itu je ke? Pastu terima suratan amal...syurga atau neraka.

Sepertimana yang telah dikongsikan bersama, pengakap kelanasiswa adalah satu platfom untuk kita terus belajar ikhtiar hidup. Walaupun hari ini kehidupan serba moden dan canggih. Pengalaman merasai susah-senang dalam berpengakap memungkinkan kita seharusnya mempunyai matlamat hidup dengan jelas.

Usahlah menjadi seperti mereka yang lain, yang hanya tahu makan minum dan tidur untuk terus hidup. Setidaknya dengan matlamat yang kita hendak capai, memberi tinggalan kepada generasi kita seterusnya. Belajar memcipta matlamat dan usaha capai, kita akan merasi nikmat yang tidak terhingga. Bina matlamat baru...ulangilah seterusnya sehingga mencapai matlamat yang lebih besar. Latihan yang sedikit boleh membantu kita mencapai kejayaan yang besar. Ya lah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Jadi, jangan tangguh kerja. Persiapan awal banyak membantu!

Saturday, February 26, 2011

Kejayaan Di Gunung Lawit


TAHNIAH!!!Pengakap Kelanasiswa KKY1011 telah berjaya menghabiskan aktiviti di Gunung Lawit bagi mendapatkan Lencana Kemahiran.

Usaha dan kerjasama yang diberikan sesama ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 Sem.2 memberi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Cukup seronok bekerja dengan adanya kerjasama daripada semua ahli dalam menjayakan segala aktiviti yang telah disusunatur. Walaupun pada awalnya nampak kepayahan untuk mendirikan khemah disebabkan keadaan peralatan yang menyedihkan. Namun, tekad untuk berkhemah telah membuahkan hasil, akhirnya khemah dapat didirikan. Segala kemahiran digunakan untuk menegak khemah. Cukup bermakna jika anda memakai lencana ini.

Pengalaman ini sungguh bermakna dan bernilai...

Saya mengharapkan anda semua dapat menyiapkan laporan sepertimana yang telah dibincangkan. Ini bagi membolehkan anda semua layak untuk memakai lencana tersebut. Pastikan anda tidak terlepas!


Monday, February 21, 2011

Aku yang bergelar "Mahasiswa"

Wahai adik-adikku

Zaman aku sebagai mahasiswa telah lama berlalu. Di sana telah mengajar aku erti sebuah kehidupan. Mana tidaknya, aku cukup aktif dalam berpersatuan dan aktiviti keusahawanan. Semuanya itu aku lakukan kerana matlamat aku pada masa itu mengejar sijil untuk diletakkan dalam CV. Fuh! Cukup banyak sijil yang dapat aku kumpulkan. Aku hanya sertai program-program yang aku sukai sahaja, yang boleh membentuk aku untuk memimpin. Bukan sahaja program-program dalam kampus, malah program-program luar kampus pun aku sertai.

Setelah beberapa tahun aku meninggalkan universiti, aku mulai memahami sesuatu untuk dijadikan panduan hidupku. Ini adalah hasil daripada penglibatan aku dalam berpersatuan dan aktiviti keusahawanan. Pertama - sahsiah diri. Dari latihan yang aku peroleh dalam mengendalikan program-program semasa di universiti dulu membentuk suatu keyakinan untuk berhadapan sesiapa sahaja. Malah, aku tidak pernah rasa gentar untuk bertanyakan sesuatu isu walaupun mungkin isu itu sensitif. Pasai , cikgu aku pernah menasihati aku, "Ubat Kebodohan adalah Bertanya."

Keduanya - nilai sebuah persahabatan. Aku punyai kawan yang rapat semasa di kolej. Tapi kini hanya tinggal kenangan. Kami bersama dalam banyak aktiviti. Kalau bukan aku yang menjadi "presiden", kawan aku tulah "presiden", dan aku akan jadi "setiausaha agong"...begitulah aku dan dia. Sehingga ke hari ini aku masih ingat nasihat seorang cikgu..."Makan biar berkawan tapi jangan makan kawan". Sehebat mana pun kita, jika kita tidak boleh mengawal keadaan, pasti kita akan kecundang jua akhirnya.

Ketiga - perancangan dan tindakan. Segalanya bermula dengan adanya perancangan dan disusuli dengan tindakan. Persediaan awal banyak membantu. Seorang penulis yang aku kagumi pernah menasihati aku,"melaksana rancangan yang tidak sempurna adalah lebih baik daripada tidak melaksanakan rancangan yang sempurna". Nasihat ini cukup berguna untuk aku terus melakar sebuah sejarah hidupku. Kerana inilah, ramai daripada kawan-kawan tidak dapat memahami tindakan aku, kerana di sana ada sebuah rencana yang telah disusun.

Keempat - pandangan. Dalam memberi cadangan idea yang bernas, aku selalu memberi buah fikiran yang agak berbeda. Tapi akhirnya matlamat itulah yang dicapai. Kotak fikiran aku telah menjadi objektif dalam bertindak. Banyaknya aku berjumpa dengan orang yang lebih dewasa telah mematangkan aku dalam membuat keputusan. Syukur pada Ilahi atas didikan ini telah menyelamatkan beberapa rumahtangga seseorang yang berpangkat lebih tua dariku. Nasihat aku didengari walaupun aku ni si adik.

Gunung Lawit

Setelah anda berjaya menjalankan program untuk Lencana ICT, kini tiba masanya untuk anda semua mencari Lencana Kemahiran.

Program perkhemahan ke Gunung Lawit, Tasik Kenyir dikepalai oleh saudara Nor Rahman telah siap untuk menjalankan aktiviti yang dirancang. Perkhemahan ini selama tiga hari dua malam bermula hari Khamis 24 hingga 26 Febuari 2011.

Pembahagian patrol telah dilakukan. Jadi, mohon kepada semua ahli agar cakna siapa ahli patrol anda. Pembahagian tugas dalam menjaya sesi perkhemahan ini juga telah diatur dengan baiknya. Jadi, slogan Pengakap Kelana -"Berkhidmat" amat bertepatan agar kita sentiasa bersedia untuk memberi khidmat yang terbaik. Ini melatih anda semua mencungkil bakat kepimpinan.

Kesibukan sebagai seorang mahasiswa dalam mengajar cita-cita masing-masing tidak menghalang anda semua untuk berpengakap. Ini semua dapat dibuktikan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk mendapat anugerah tertinggi sebagai seorang Pengakap Kelana iaitu Anugerah B-P.

Kepada sesiapa yang masih belum jelas siapa ahli patrol, tugasan dan jadual aktiviti di Gunung Lawit dimohon agar dapat menghubungi saudara Nor Rahman dengan kadar segera untuk mendapat info tersebut.

TAHNIAH!!!

Salam Pengakap kepada Pengakap Kelanasiswa KKY1011

Dengan bacaan persetiaan dan huraian undang-undang pengakap pada 15 Januari lepas bermakna anda semua adalah ahli Pengakap Kelanasiswa UniSZA. Tahniah!

Pendaftaran keahlian anda semua telah pun dihantar ke Persatuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur.

Pada semester ini kita merancang agar semua ahli Pengakap Kelanasiswa KKY1011 seramai 29 orang mendapat Anugerah B-P. Perancang telah dibuat, hanya menunggu masa untuk dilaksanakan sahaja. Perancangan awal akan banyak membantu anda semua untuk membuat keputusan. Malah, memudahkan anda semua supaya tidak mengganggu tumpuan kepada akademik.