Salam alaik
Salam Pengakap
Untuk makluman semua, disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan, maka trip untuk Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail DITANGGUHKAN kepada tarikh dan waktu yang akan diberitahu kelak.
Sehubungan itu, kelas pada hari SABTU / 20 Okt 2012 akan diadakan seperti biasa. Mohon sebarkan kepada sahabat yang lain.
Terima kasih
Friday, October 19, 2012
Tuesday, October 2, 2012
Lencana Keahlian: Persembahan
Salam alaik
Salam Pengakap
Presentation pada hari Sabtu ni
1.Tajuk: Memahami dan menerima Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
Kelas A: Cik Anis Fadzillah binti As'ary
Kelas B: Cik Azimah binti Mat Ayob
2. Tajuk: Dapat menerangkan Tujuan pergerakan Pengakap dan Menyedari Peranan Pengakap Kelana
Kelas A: Cik Norfadhilah binti Moris
Kelas B: Cik Lum Wei Keen
3. Tajuk: Mengetahui Sejarah pergerakan Pengakap di Malaysia dan pergerakan Pengakap Antarabangsa
Kelas A: Cik Siti Naqiyah binti Md Ariaf
Kelas B: Cik Nurarfah binti Khalid
4. Tajuk: Kerja-kerja amal (6 jam)
Kelas A dan B: Semua sekali
5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan 8 simpulan dan ikatan
Kelas A dan B: Semua sekali
6.Mengamalkan ajaran agama masing-masing
Kelas A dan B: Semua sekali
Kepada nama yang telah tertera di atas, anda dikehendaki memberi tunjuk ajar kepada rakan sekelas pada pertemuan akan datang. (Sabtu / 6 Okt 2012). Kepada kumpulan yang ahlinya telah terpilih untuk memberi tunjuk ajar dipinta bersedia jika ketidakhadiran berlaku.
Tali akan dibekalkan nanti.
ECROM2: Perjawatan Dibuka
Salam alaik
Salam Pengakap
Kepada ahli kelana KKY1011 kelas A dan B, di bawah adalah senarai perjawatan yang perlu diisi untuk kita melaksanakan ECROM2: AJK
1. Pentadbiran Kewangan
2. Urussetia dan Protokol
3. Aktiviti
4. Perkhemahan dan Penempatan
5. Katering
6. Komunikasi dan Perhubungan Luar
7. Logistik
8. Kesihatan dan Keselamatan
9. Pengangkutan
10. Teknikal
11. Tugas-tugas Khas
Sila serahkan permohonan anda melalui sms kepada Cik Megawati.
Salam Pengakap
Kepada ahli kelana KKY1011 kelas A dan B, di bawah adalah senarai perjawatan yang perlu diisi untuk kita melaksanakan ECROM2: AJK
1. Pentadbiran Kewangan
2. Urussetia dan Protokol
3. Aktiviti
4. Perkhemahan dan Penempatan
5. Katering
6. Komunikasi dan Perhubungan Luar
7. Logistik
8. Kesihatan dan Keselamatan
9. Pengangkutan
10. Teknikal
11. Tugas-tugas Khas
Sila serahkan permohonan anda melalui sms kepada Cik Megawati.
Saturday, September 22, 2012
Sesi 2012/2013: Lencana Keahlian
Kelas Ke-2
Sedikit pengenalan tentang aktiviti Pengakap Kelana yang telah dilaksanakan.
Hari ini mahasiswa diberi tugasan untuk memenuhi Lencana Keahlian. Mereka juga dikehendaki menyediakan Buku Log (seperti biasa).
Perlantikan jawatankuasa untuk setiap kelas telah berjalan lancar. Penyediaan jawatankuasa seperti yang dipinta oleh pihak HEPA hendaklah dipenuhi seberapa segera. Jangan bertangguh atas kerja yang senang dan mudah. Nanti anda yang merana.
KLKM 08 UniSZA berterima kasih kepada pihak HEPA, UniSZA kerana telah meluluskan program yang ditunggu-tunggu iaitu ECROM2. Sila lawati www.ecrom2.blogspot.com untuk maklumat lanjut. ECROM2 bakal berlansung pada 8-11 November 2012. Jadi bersedialah untuk ke sana. Banyak aktivti menarik sedang menanti anda di saner!!!
Gambar hari pertama untuk semua ko di UniSZA sesi 2012/2013
Bersama partner di atas pentas.
Thursday, August 30, 2012
Jamuan Raya
Tuan Thoha merancang nak buat jamuan raya... Siapa nak joint?
Sabtu
8 September
Kem Pengakap TMI
Sabtu
8 September
Kem Pengakap TMI
Sebuah Perjalanan
31 Ogos- Hari ini adalah Hari Kemerdekaan negara ku Malaysia. Sudah 55 tahun negera ku Merdeka. Merdeka! Menjadi laungan agong pada hari ini. Kalau nak bercerita tentang kemerdekaan, banyak aspek boleh disentuh dan dibincangkan. Hal ini aku biarkan para ilmuan yang membincangkanya.
Sepanjang perjalanan ini, aku tidak pernah ketemui seorang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang Pengakap. Jika ditanya kepada budak-budak sekolah,"Apakah cita-cita adik?", maka tiada seorang pun akan menjawab,"Saya hendak menjadi seorang ahli Pengakap". Tidak pernah ku temui. Kalau ada mungkin secara berseloroh budak itu menjawab.
Di bangku sekolah, baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah, keahlian Pengakap hanyalah sekadar piulihan untuk berpersatuan yang wajib disertai oleh setiap murid-murid sekolah. Begitulah di peringkat kolaj mahupun universiti, sama sahaja. Apabila di alam pekerjaan, penyertaan Pengakap hanya tertumpu kepada golongan pendidik. Jika nak dibilang penyertaan daripada profession pekerjaan yang lain mungkin tidak sampai 1%.
Akan tetapi, boleh dikatakan ramai penyertaan pangakap di bangku sekolah rendah itu...ke mana perginya? Boleh dikatakan juga, penyertaan penngakap di bangku sekolah adalah di kalangan budak-budak lelaki. Tapi akhirnya hilang entah ke mana apabila mengingkat dewasa. Ini menunjukan penglibatan mereka hanyalah sekadar memenuhi syarat persekolahan. Jika ada yang betul-betul minat, mungkin akan terus berada di kangalan ahli pengakap seterusnya.
Aku mula menyertai pengakap ketika darjah 4. Masa itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun. Cikgu yang mengajar pengakap adalah Cikgu Ariffin. (Moga cikgu masih sihat.) Jika di kira sudah 25 tahun aku menyertai pengakap. Ini kerana aku masih aktif berpengakap walaupun di alam pekerjaan. Banyak perkara baru yang sentiasa aku pelajari sebagai seorang pengakap.
Di zaman sekolah, aku pernah untuk tidak menyertai pengakap tapi akhir aku kembali kepada pengakap. Bukan kerana persatuan beruniform lain tidak bagus, mereka semua bagus dan hebat. Ini kerana setelah 25 tahun aku fikir pengakap adalah relevan untuk mendidik jiwa menjadi seorang yang berakhlak mulia. Aku melihat pengakap adalah platform untuk latihan amali untuk mengamalkan agama. Walaupun mungkin ada sahaja mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan ini. Tapi itulah yang aku lalui. Setiap orang berhak menyatakan pandangan masing-masing.
Janji yang dilafazkan dalam Persetiaan Pengakap bukanlah suatu janji yang boleh dikotak-katikkan. Itulah adalah janji pada diri sendiri yang boleh melihat sejauh mana kita berupaya tunaikan janji pada diri sendiri. Malah persetiaan itu menjadi satu motovasi yang cukup hebat pada diriku. Mana tidaknya, Persetiaan Pengakap telah dilumatkan dalam diriku. Aku amat berterima kasih terutmanya kepada aLlahyarham Bukhori, Abg Ahmad Yani dan Abang Ja daripada Unit Kelana Dungun yang mengajar pengakap di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah Dungun pada masa itu.
Nasihat seorang bekas Timbalan Naib Canselor UniSZA pada aku,"Jangan buat suatu peraturan jika kamu tidak mampu mengikutnya dan akhirnya kamu sendiri terperangkap". Jadi, aku melihat peraturan yang telah dibuat dalam pengakap adalah praktikal untuk diamalkan dan dapat mendidik jiwa untuk menjadi seorang yang akhlak mulia. Alangkah baiknya jika peraturan yang telah digariskan ini menjadi pakaian setiap ahli pengakap khususnya, maka keharmonian berpengakap itu wujud. Jika di sana ada permasalahan yang timbul, seharusnya kita kembali kepada peraturan yang telah kita gariskan itu.
Pengalaman berpengakap adalah sesuatu yang amat cukup relevan pada ketika ini jika mahu melatih jiwa ke arah yang lebih baik. Jika ada persoalan tentang kenyataan ini, aku mohon para budiman menghayati dahulu Persetiaan Pengakap. Di sana ada jawapannya. Bukan sekadar baca dan lafaz sahaja. InshaALlah, aku doakan semua ahli pengakap berpegang teguh pada persetiaan tersebut dan amalkanlah.
Tuesday, August 2, 2011
Kelas Pengakap Kelanasiswa KKY 1012
Kelas pembelajaran pengakap akan diadakan seperti biasa seperti info di bawah:
Tarikh : 6 Ogos 2011
Hari : Sabtu
Tempat : AC22
Jam : 8.00 pagi
Fokus kita pada kali ini ialah pembentangan hasil kertas kerja untuk pengajaran bagi Manik Kayu 2.
Kehadiran adalah wajib dan kedatangan akan diambil tanpa kompromi untuk dihantar ke HEPA. Mohon peringatkan ahli kumpulan masing-masing, jika ahli tidak cukup kumpulan tersebut tidak boleh buat pembentangan dan markah akan ditolak. Ini boleh memberi kesan kepada markah keseluruhan nanti.
Jumpa nanti!
Subscribe to:
Posts (Atom)
