UniSZA

UniSZA
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Thursday, August 30, 2012

Sebuah Perjalanan

31 Ogos- Hari ini adalah Hari Kemerdekaan negara ku Malaysia. Sudah 55 tahun negera ku Merdeka. Merdeka! Menjadi laungan agong pada hari ini. Kalau nak bercerita tentang kemerdekaan, banyak aspek boleh disentuh dan dibincangkan. Hal ini aku biarkan para ilmuan yang membincangkanya.

Sepanjang perjalanan ini, aku tidak pernah ketemui seorang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang Pengakap. Jika ditanya kepada budak-budak sekolah,"Apakah cita-cita adik?", maka tiada seorang pun akan menjawab,"Saya hendak menjadi seorang ahli Pengakap". Tidak pernah ku temui. Kalau ada mungkin secara berseloroh budak itu menjawab.

Di bangku sekolah, baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah, keahlian Pengakap hanyalah sekadar piulihan untuk berpersatuan yang wajib disertai oleh setiap murid-murid sekolah. Begitulah di peringkat kolaj mahupun universiti, sama sahaja. Apabila di alam pekerjaan, penyertaan Pengakap hanya tertumpu kepada golongan pendidik. Jika nak dibilang penyertaan daripada profession pekerjaan yang lain mungkin tidak sampai 1%.

Akan tetapi, boleh dikatakan ramai penyertaan pangakap di bangku sekolah rendah itu...ke mana perginya? Boleh dikatakan juga, penyertaan penngakap di bangku sekolah adalah di kalangan budak-budak lelaki. Tapi akhirnya hilang entah ke mana apabila mengingkat dewasa. Ini menunjukan penglibatan mereka hanyalah sekadar memenuhi syarat persekolahan. Jika ada yang betul-betul minat, mungkin akan terus berada di kangalan ahli pengakap seterusnya.

Aku mula menyertai pengakap ketika darjah 4. Masa itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun. Cikgu yang mengajar pengakap adalah Cikgu Ariffin. (Moga cikgu masih sihat.) Jika di kira sudah 25 tahun aku menyertai pengakap. Ini kerana aku masih aktif berpengakap walaupun di alam pekerjaan. Banyak perkara baru yang sentiasa aku pelajari sebagai seorang pengakap.

Di zaman sekolah, aku pernah untuk tidak menyertai pengakap tapi akhir aku kembali kepada pengakap. Bukan kerana persatuan beruniform lain tidak bagus, mereka semua bagus dan hebat. Ini kerana setelah 25 tahun aku fikir pengakap adalah relevan untuk mendidik jiwa menjadi seorang yang berakhlak mulia. Aku melihat pengakap adalah platform untuk latihan amali untuk mengamalkan agama. Walaupun mungkin ada sahaja mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan ini. Tapi itulah yang aku lalui. Setiap orang berhak menyatakan pandangan masing-masing.

Janji yang dilafazkan dalam Persetiaan Pengakap bukanlah suatu janji yang boleh dikotak-katikkan. Itulah adalah janji pada diri sendiri yang boleh melihat sejauh mana kita berupaya tunaikan janji pada diri sendiri. Malah persetiaan itu menjadi satu motovasi yang cukup hebat pada diriku. Mana tidaknya, Persetiaan Pengakap telah dilumatkan dalam diriku. Aku amat berterima kasih terutmanya kepada aLlahyarham Bukhori, Abg Ahmad Yani dan Abang Ja daripada Unit Kelana Dungun yang mengajar pengakap di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah Dungun pada masa itu.

Nasihat seorang bekas Timbalan Naib Canselor UniSZA pada aku,"Jangan buat suatu peraturan jika kamu tidak mampu mengikutnya dan akhirnya kamu sendiri terperangkap". Jadi, aku melihat peraturan yang telah dibuat dalam pengakap adalah praktikal untuk diamalkan dan dapat mendidik jiwa untuk menjadi seorang yang akhlak mulia. Alangkah baiknya jika peraturan yang telah digariskan ini menjadi pakaian setiap ahli pengakap khususnya, maka keharmonian berpengakap itu wujud. Jika di sana ada permasalahan yang timbul, seharusnya kita kembali kepada peraturan yang telah kita gariskan itu. 

Pengalaman berpengakap adalah sesuatu yang amat cukup relevan pada ketika ini jika mahu melatih jiwa ke arah yang lebih baik. Jika ada persoalan tentang kenyataan ini, aku mohon para budiman menghayati dahulu Persetiaan Pengakap. Di sana ada jawapannya. Bukan sekadar baca dan lafaz sahaja. InshaALlah, aku doakan semua ahli pengakap berpegang teguh pada persetiaan tersebut dan amalkanlah. 


No comments:

Post a Comment