UniSZA

UniSZA
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Friday, December 28, 2012

Suankularb International Jamboree, Sri Racha Chon Buri Thailad

Dec 18 - 22, 2012: We have joined Suankulard International Jamboree, Sri Racha Chon Buri Thailand. Malaysia Contingent consists of 30 people, including seven leaders. Among them, there are 9 people rover scouts from Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).



The first day - Arriving at Sungai Golok, south Thailand. Waiting for a train to Bangkok. Journey will take 18 hours.


Day two - We arrived in Bangkok at 12.30 pm. We are waiting for a vehicle to get to the campsite. At approximately 4:30 pm we move to Chon Buri.


This is the bus that took us to the camp site in Chon Buri. The journey takes about 2 hours. Bangkok city traffic condition at the time was quite crowded. After exit from Bangkok city, we travel well. We could relax again on the bus. A new experience while on this trip, where the highway here is very high and not less than 6 stories building height.

to be continued...

Final Exam

Saya mengucapkan selamat menempohi Final Exam yang akan bermula 31 Dis 2012 hingga 14 Jan 2013.
Semoga ahli pengakap KO KKY1011 dari kelas saya dan Cikgu Rosdi dapat menjawab dengan tenang dan terbaek!!!



Moga anda semuda tenang dalam menjawab pelbagai persoalan yang ditanya...OppSS!! Jangan lupa talian hayat bila mana anda menghadapi kesukaran untuk menjawab...

Untuk markah KKY1011...kami dah serah kepada pusat KO...InshaALlah semuanya OK...terbaek!!!

May ALlah bless all of you....

Monday, December 17, 2012

Jamboree d SriRacha Chon Buri Thailand

Hari Pertama

Perjalanan kami bermula 4.10 minit pagi hari Isnin. Dari Foyer Asrama UniSZA, kami bertolak dengan bas.

Kami sampai di Rantau Panjang jam 8 pagi. Sebelum itu kami sempat berjemaah solat Subuh di Masjid Mahmuddi Melor dan bersarapan pagi di Rantau Panjang.

Kami menyeberang Kastam Malaysia lebih kurang jam 8.30 pagi. Cuaca pada hari ini hujan rintik rintik.

Jam 9.30 pagi kami melepasi kastam Thailand untuk ke Station Sungai Golok. Waktu berlepas dalam tiket jam 11.30 pagi Thailand. (jam 12.30 jam Malaysia.)

Oleh kerana keretapi lambat, kami bertolak lebih kurang jam 1.20 petang.


Thursday, December 13, 2012

Kelas KKY1011 Pada 15 Dis 2012

Saya telah dimaklumkan bahawa kelas pada hari Sabtu@15 Dis 2012 seperti berikut:

Kelas Mula Jam: 3.00 petang

Tempat Sperti Biasa

Mode kelas: Presentation dan Kuiz

Saya tahu ramai yang terlibat dengan 1 Citizen, sila mohon untuk kelas di atas.

Monday, December 10, 2012

Kelas KKY1011

Saya banyak dihujani persoalan berhubung kelas pada hari Sabtu@15 Dis 2012 ni. Jadi, saya telah difahamkan bahawa Program 1 Citizen juga akan dibuat sebagaimana info di bawah:

*Maklumat Bengkel 1 Citizen sebagaimana berikut:

Tarikh : 14-15 Disember 2012
Masa : 8.15 pagi - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer Blok A, Tingkat 1, Bangunan Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
Kursus Kokurikulum yg terlibat : Ragbi, Pengakap I, Bola Baling, Badminton, Takraw dan Gamelan (Ijazah Semester 3 sahaja)

                                    (*sumber:Portal Pelajar UniSZA)


Program tersebut hanya untuk pelajar sem 3. Ini bermakna kepada pelajar sem yang lain tidak terlibat. Oleh itu, kelas seperti biasa kepada mereka yang tidak terlibat dengan Program 1 Citizen. 

Presentation adalah seperti biasa. Jika kumpulan yang terlibat dengan Program 1 Citizen, minta hantar hard copy kepada Cikgu Rosdi untuk penilaian.

Buku Log hendaklah dihantar pada tarikh 15 Dis 2012 untuk pemarkahan dan dinilai.

Friday, November 23, 2012

Friday, November 9, 2012

ECROM2 Sedang Berlangsung

Salam alaik

Tahniah!! kepada peserta Ecrom2 dari pelbagai IPT yang sedang berkampung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Terengganu bermula 8 hingga 11 November 2012.

Tahniah!! khusus kepada ahli pengakap Ko UniSZA KKY1011.

Banyak aktiviti yang telah dirancang...diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ecrom2 kali ini diketuai oleh saudara Marzuki, yang juga Presiden MPP UniSZA. Terima kasih kerana sudi meluang masa untuk Ecrom2.

Sekali berpengakap terus berpengakap!


Friday, October 19, 2012

Kelas KKY1011

Salam alaik

Salam Pengakap

Untuk makluman semua, disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan, maka trip untuk Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail DITANGGUHKAN kepada tarikh dan waktu yang akan diberitahu kelak.

Sehubungan itu, kelas pada hari SABTU / 20 Okt 2012 akan diadakan seperti biasa. Mohon sebarkan kepada sahabat yang lain.

Terima kasih

Tuesday, October 2, 2012

Lencana Keahlian: Persembahan

Salam alaik
Salam Pengakap

Presentation pada hari Sabtu ni

1.Tajuk: Memahami dan menerima Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
Kelas A: Cik Anis Fadzillah binti As'ary
Kelas B: Cik Azimah binti Mat Ayob

2. Tajuk: Dapat menerangkan Tujuan pergerakan Pengakap dan Menyedari Peranan Pengakap Kelana
Kelas A: Cik Norfadhilah binti Moris
Kelas B: Cik Lum Wei Keen

3. Tajuk: Mengetahui Sejarah pergerakan Pengakap di Malaysia dan pergerakan Pengakap Antarabangsa
Kelas A: Cik Siti Naqiyah binti Md Ariaf
Kelas B: Cik Nurarfah binti Khalid

4. Tajuk: Kerja-kerja amal (6 jam)
Kelas A dan B: Semua sekali

5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan 8 simpulan dan ikatan
Kelas A dan B: Semua sekali

6.Mengamalkan ajaran agama masing-masing
Kelas A dan B: Semua sekali

Kepada nama yang telah tertera di atas, anda dikehendaki memberi tunjuk ajar kepada rakan sekelas pada pertemuan akan datang. (Sabtu / 6 Okt 2012). Kepada kumpulan yang ahlinya telah terpilih untuk memberi tunjuk ajar dipinta bersedia jika ketidakhadiran berlaku. 

Tali akan dibekalkan nanti.


ECROM2: Perjawatan Dibuka

Salam alaik
Salam Pengakap

Kepada ahli kelana KKY1011 kelas A dan B, di bawah adalah senarai perjawatan yang perlu diisi untuk kita melaksanakan ECROM2: AJK
1. Pentadbiran Kewangan
2. Urussetia dan Protokol
3. Aktiviti
4. Perkhemahan dan Penempatan
5. Katering
6. Komunikasi dan Perhubungan Luar
7. Logistik
8. Kesihatan dan Keselamatan
9. Pengangkutan
10. Teknikal
11. Tugas-tugas Khas

Sila serahkan permohonan anda melalui sms kepada Cik Megawati.

Saturday, September 22, 2012

Sesi 2012/2013: Lencana Keahlian

Kelas Ke-2

Sedikit pengenalan tentang aktiviti Pengakap Kelana yang telah dilaksanakan.

Hari ini mahasiswa diberi tugasan untuk memenuhi Lencana Keahlian. Mereka juga dikehendaki menyediakan Buku Log (seperti biasa).

Perlantikan jawatankuasa untuk setiap kelas telah berjalan lancar. Penyediaan jawatankuasa seperti yang dipinta oleh pihak HEPA hendaklah dipenuhi seberapa segera. Jangan bertangguh atas kerja yang senang dan mudah. Nanti anda yang merana.

KLKM 08 UniSZA berterima kasih kepada pihak HEPA, UniSZA kerana telah meluluskan program yang ditunggu-tunggu iaitu ECROM2. Sila lawati www.ecrom2.blogspot.com untuk maklumat lanjut. ECROM2 bakal berlansung pada 8-11 November 2012. Jadi bersedialah untuk ke sana. Banyak aktivti menarik sedang menanti anda di saner!!!



Gambar hari pertama untuk semua ko di UniSZA sesi 2012/2013


Bersama partner di atas pentas.



Thursday, August 30, 2012

Jamuan Raya

Tuan Thoha merancang nak buat jamuan raya... Siapa nak joint?

Sabtu

8 September

Kem Pengakap TMI


Sebuah Perjalanan

31 Ogos- Hari ini adalah Hari Kemerdekaan negara ku Malaysia. Sudah 55 tahun negera ku Merdeka. Merdeka! Menjadi laungan agong pada hari ini. Kalau nak bercerita tentang kemerdekaan, banyak aspek boleh disentuh dan dibincangkan. Hal ini aku biarkan para ilmuan yang membincangkanya.

Sepanjang perjalanan ini, aku tidak pernah ketemui seorang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang Pengakap. Jika ditanya kepada budak-budak sekolah,"Apakah cita-cita adik?", maka tiada seorang pun akan menjawab,"Saya hendak menjadi seorang ahli Pengakap". Tidak pernah ku temui. Kalau ada mungkin secara berseloroh budak itu menjawab.

Di bangku sekolah, baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah, keahlian Pengakap hanyalah sekadar piulihan untuk berpersatuan yang wajib disertai oleh setiap murid-murid sekolah. Begitulah di peringkat kolaj mahupun universiti, sama sahaja. Apabila di alam pekerjaan, penyertaan Pengakap hanya tertumpu kepada golongan pendidik. Jika nak dibilang penyertaan daripada profession pekerjaan yang lain mungkin tidak sampai 1%.

Akan tetapi, boleh dikatakan ramai penyertaan pangakap di bangku sekolah rendah itu...ke mana perginya? Boleh dikatakan juga, penyertaan penngakap di bangku sekolah adalah di kalangan budak-budak lelaki. Tapi akhirnya hilang entah ke mana apabila mengingkat dewasa. Ini menunjukan penglibatan mereka hanyalah sekadar memenuhi syarat persekolahan. Jika ada yang betul-betul minat, mungkin akan terus berada di kangalan ahli pengakap seterusnya.

Aku mula menyertai pengakap ketika darjah 4. Masa itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun. Cikgu yang mengajar pengakap adalah Cikgu Ariffin. (Moga cikgu masih sihat.) Jika di kira sudah 25 tahun aku menyertai pengakap. Ini kerana aku masih aktif berpengakap walaupun di alam pekerjaan. Banyak perkara baru yang sentiasa aku pelajari sebagai seorang pengakap.

Di zaman sekolah, aku pernah untuk tidak menyertai pengakap tapi akhir aku kembali kepada pengakap. Bukan kerana persatuan beruniform lain tidak bagus, mereka semua bagus dan hebat. Ini kerana setelah 25 tahun aku fikir pengakap adalah relevan untuk mendidik jiwa menjadi seorang yang berakhlak mulia. Aku melihat pengakap adalah platform untuk latihan amali untuk mengamalkan agama. Walaupun mungkin ada sahaja mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan ini. Tapi itulah yang aku lalui. Setiap orang berhak menyatakan pandangan masing-masing.

Janji yang dilafazkan dalam Persetiaan Pengakap bukanlah suatu janji yang boleh dikotak-katikkan. Itulah adalah janji pada diri sendiri yang boleh melihat sejauh mana kita berupaya tunaikan janji pada diri sendiri. Malah persetiaan itu menjadi satu motovasi yang cukup hebat pada diriku. Mana tidaknya, Persetiaan Pengakap telah dilumatkan dalam diriku. Aku amat berterima kasih terutmanya kepada aLlahyarham Bukhori, Abg Ahmad Yani dan Abang Ja daripada Unit Kelana Dungun yang mengajar pengakap di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah Dungun pada masa itu.

Nasihat seorang bekas Timbalan Naib Canselor UniSZA pada aku,"Jangan buat suatu peraturan jika kamu tidak mampu mengikutnya dan akhirnya kamu sendiri terperangkap". Jadi, aku melihat peraturan yang telah dibuat dalam pengakap adalah praktikal untuk diamalkan dan dapat mendidik jiwa untuk menjadi seorang yang akhlak mulia. Alangkah baiknya jika peraturan yang telah digariskan ini menjadi pakaian setiap ahli pengakap khususnya, maka keharmonian berpengakap itu wujud. Jika di sana ada permasalahan yang timbul, seharusnya kita kembali kepada peraturan yang telah kita gariskan itu. 

Pengalaman berpengakap adalah sesuatu yang amat cukup relevan pada ketika ini jika mahu melatih jiwa ke arah yang lebih baik. Jika ada persoalan tentang kenyataan ini, aku mohon para budiman menghayati dahulu Persetiaan Pengakap. Di sana ada jawapannya. Bukan sekadar baca dan lafaz sahaja. InshaALlah, aku doakan semua ahli pengakap berpegang teguh pada persetiaan tersebut dan amalkanlah.