UniSZA

UniSZA
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Friday, November 23, 2012

Friday, November 9, 2012

ECROM2 Sedang Berlangsung

Salam alaik

Tahniah!! kepada peserta Ecrom2 dari pelbagai IPT yang sedang berkampung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Terengganu bermula 8 hingga 11 November 2012.

Tahniah!! khusus kepada ahli pengakap Ko UniSZA KKY1011.

Banyak aktiviti yang telah dirancang...diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ecrom2 kali ini diketuai oleh saudara Marzuki, yang juga Presiden MPP UniSZA. Terima kasih kerana sudi meluang masa untuk Ecrom2.

Sekali berpengakap terus berpengakap!


Friday, October 19, 2012

Kelas KKY1011

Salam alaik

Salam Pengakap

Untuk makluman semua, disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan, maka trip untuk Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail DITANGGUHKAN kepada tarikh dan waktu yang akan diberitahu kelak.

Sehubungan itu, kelas pada hari SABTU / 20 Okt 2012 akan diadakan seperti biasa. Mohon sebarkan kepada sahabat yang lain.

Terima kasih

Tuesday, October 2, 2012

Lencana Keahlian: Persembahan

Salam alaik
Salam Pengakap

Presentation pada hari Sabtu ni

1.Tajuk: Memahami dan menerima Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
Kelas A: Cik Anis Fadzillah binti As'ary
Kelas B: Cik Azimah binti Mat Ayob

2. Tajuk: Dapat menerangkan Tujuan pergerakan Pengakap dan Menyedari Peranan Pengakap Kelana
Kelas A: Cik Norfadhilah binti Moris
Kelas B: Cik Lum Wei Keen

3. Tajuk: Mengetahui Sejarah pergerakan Pengakap di Malaysia dan pergerakan Pengakap Antarabangsa
Kelas A: Cik Siti Naqiyah binti Md Ariaf
Kelas B: Cik Nurarfah binti Khalid

4. Tajuk: Kerja-kerja amal (6 jam)
Kelas A dan B: Semua sekali

5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan 8 simpulan dan ikatan
Kelas A dan B: Semua sekali

6.Mengamalkan ajaran agama masing-masing
Kelas A dan B: Semua sekali

Kepada nama yang telah tertera di atas, anda dikehendaki memberi tunjuk ajar kepada rakan sekelas pada pertemuan akan datang. (Sabtu / 6 Okt 2012). Kepada kumpulan yang ahlinya telah terpilih untuk memberi tunjuk ajar dipinta bersedia jika ketidakhadiran berlaku. 

Tali akan dibekalkan nanti.


ECROM2: Perjawatan Dibuka

Salam alaik
Salam Pengakap

Kepada ahli kelana KKY1011 kelas A dan B, di bawah adalah senarai perjawatan yang perlu diisi untuk kita melaksanakan ECROM2: AJK
1. Pentadbiran Kewangan
2. Urussetia dan Protokol
3. Aktiviti
4. Perkhemahan dan Penempatan
5. Katering
6. Komunikasi dan Perhubungan Luar
7. Logistik
8. Kesihatan dan Keselamatan
9. Pengangkutan
10. Teknikal
11. Tugas-tugas Khas

Sila serahkan permohonan anda melalui sms kepada Cik Megawati.

Saturday, September 22, 2012

Sesi 2012/2013: Lencana Keahlian

Kelas Ke-2

Sedikit pengenalan tentang aktiviti Pengakap Kelana yang telah dilaksanakan.

Hari ini mahasiswa diberi tugasan untuk memenuhi Lencana Keahlian. Mereka juga dikehendaki menyediakan Buku Log (seperti biasa).

Perlantikan jawatankuasa untuk setiap kelas telah berjalan lancar. Penyediaan jawatankuasa seperti yang dipinta oleh pihak HEPA hendaklah dipenuhi seberapa segera. Jangan bertangguh atas kerja yang senang dan mudah. Nanti anda yang merana.

KLKM 08 UniSZA berterima kasih kepada pihak HEPA, UniSZA kerana telah meluluskan program yang ditunggu-tunggu iaitu ECROM2. Sila lawati www.ecrom2.blogspot.com untuk maklumat lanjut. ECROM2 bakal berlansung pada 8-11 November 2012. Jadi bersedialah untuk ke sana. Banyak aktivti menarik sedang menanti anda di saner!!!



Gambar hari pertama untuk semua ko di UniSZA sesi 2012/2013


Bersama partner di atas pentas.



Thursday, August 30, 2012

Jamuan Raya

Tuan Thoha merancang nak buat jamuan raya... Siapa nak joint?

Sabtu

8 September

Kem Pengakap TMI