Alhamdullilah, kita diberi peluang sekali untuk meneruskan aktiviti kepengakapan di UniSZA. Tapi sekarang anda semua telah melangkah ke semester 2 untuk aktiviti ko kurikulum.
Tahniah dan Syabas yang telah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan semester yang lepas terutama untuk subjek ko. Adalah menjadi harapan saya dan penolong pesuruhjaya yang lain agar anda semua mengamalkan ilmu kepengakapan dalam kehidupan seharian anda dan sekali berpengakap, akan selamanya berpengakap. Bukanlah sekadar untuk mengisi masa dan memenuhi kehendak subjek anda. Jika itulah matlamat anda, aktiviti berpengakap anda akan menjadi kurang bermakna.
Kami dalam berpengakap sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan. Justeru kepada anda yang menghadapi masalah dalam pembelajaran datanglah bertemu dengan kami. Kami juga seperti anda, datang dari pusat pengajian tinggi. Sedikit sebanyak pengalaman yang ada akan dapat membantu anda untuk memperbaiki keputusan peperiksaan yang akan datang.
Sekarang anda yang dahulunya KKY1011 sudah beralih kepada KKY1012. Manik Kayu 1 dan lencanna- lencana untuk Anugerah B-P telah anda penuhi. Jadi untuk semester ini, kita teruskan lagi perjuangan mendapatkan seberapa banyak ilmu kepengakapan. Jadi, Manik Kayu 2 adalah sasaran seterusnya. Jadi bersiap sediakan anda semua untuk mengharunginya.